Wednesday, 16 May 2018

Hukum Menjalani Rawatan Pergigian Pada Bulan Ramadhan


Dari artikel yang telah ditulis oleh Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diedarkan oleh Persatuan Doktor-doktor Pergigian Malaysia kepada semua Doktor Pergigian di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu telah merumuskan, terdapat kaedah rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa :

1. Melakukan pemeriksaan gigi (Dental Check-up)
2. Membuat rawatan gigi : meliputi tampalan, cuci, cabutan, rawatan akar, membuat gigi palsu dan sebagainya.
3. Mengambil X-Ray bagi mulut
4. Suntikan (injection) ubat kebas ke dalam mulut bagi tujuan cabutan gigi
5. Menelan air tanpa disengajakan semasa sesi rawatan gigi
6. Memberus gigi
7. Menggunakan ‘floss’ untuk membersihkan celah-celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Walau bagaimanapun, puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat.

Oleh itu, sekiranya anda mencabut gigi pada waktu sebelah pagi dan pada tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, puasa anda akan terbatal apabila memakan ubat.

Sekiranya anda mencabut gigi pada waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sehingga waktu berbuka puasa, maka anda tidak perlu membatalkan puasa dan ubat boleh dimakan selepas waktu berbuka puasa.

Klinik Pergigian Dengkil Ria akan beroperasi pada jam 9.30 pagi - 5.00 petang pada hari biasa dan 9.30 pagi - 2.00 petang pada hari Sabtu sepanjang bulan Ramadhan ini.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
KEPADA SEMUA

No comments:

Post a Comment